SILA HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG PERSOALAN ATAU KEMUSYKILAN:
info@multaqaalmaarif.com
atau
Multaqa al-Ma'arif Point (Facebook / Tiktok)
Felo sistem ini terdiri daripada akademia pelbagai bidang:
(Sila rujuk bahagian SOP Mawqif)
Secara asasnya, fatwa merujuk kepada keputusan hukum syarak yang dikeluarkan oleh mufti atau institusi rasmi kerajaan, manakala mawqif dalam konteks Sistem ini ialah pendirian ilmiah dan dasar panduan agama yang dibentuk berdasarkan analisis pelbagai disiplin — termasuk hadith, fiqh, akidah, dan isu-isu kontemporari. Mawqif bukan fatwa dalam erti kuasa perundangan, tetapi berfungsi sebagai pendirian dasar dan rujukan ilmiah untuk pelbagai bidang hal ehwal agama seperti penyelidikan, pendidikan, pentadbiran, dan dasar masyarakat. Dengan kata lain, mawqif ialah keputusan ilmiah dan prinsip panduan, manakala fatwa ialah keputusan hukum syarak rasmi yang dikeluarkan di bawah autoriti negeri atau kerajaan.
Ya. Mawqif boleh dipinda atau dibatalkan sekiranya terdapat penemuan baharu dalam sumber hukum, data empirikal, atau perkembangan konteks sosial dan fiqh semasa yang memerlukan semakan semula. Proses pindaan dilakukan melalui Mesyuarat Semakan Khas Jawatankuasa Mawqif, melibatkan pakar dari pelbagai bidang (syariah, hadis, usul fiqh, akidah, dan hal ehwal masyarakat). Sebarang pindaan akan direkodkan dan diumumkan secara rasmi dalam sistem dengan versi terkini (revised version) supaya ketelusan dan kesinambungan data ilmiah sentiasa terpelihara.
Tidak. Sistem ini beroperasi atas prinsip ketelusan, integriti ilmiah, dan tanpa sebarang campur tangan politik, organisasi, atau individu luar. Setiap keputusan dihasilkan melalui penilaian kolektif felo berdasarkan bukti nas, disiplin ilmu, dan keperluan maqasid syariah. Sebarang bentuk tekanan atau pengaruh luar akan dianggap melanggar etika ilmiah dan dasar integriti sistem, serta boleh menyebabkan sesuatu pihak digantung daripada terlibat dalam proses penilaian.