Wa‘alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Untuk tujuan pengesahan dan pematuhan prosedur yang ditetapkan, adalah dimaklumkan bahawa setiap pasangan hendaklah terlebih dahulu memohon serta mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Agama Negeri masing-masing sebelum melaksanakan akad nikah di luar negeri.
Selanjutnya, setelah selesai akad dilaksanakan, pasangan tersebut hendaklah kembali dan membuat laporan rasmi kepada pihak Jabatan Agama Negeri bagi tujuan pendaftaran dan pengesahan pernikahan menurut undang-undang yang berkuat kuasa.
MOHAMMAD SYARIFUDDIN BIN HAJI ABDUL KADIR
(FELO FATWA/FIQH & USUL)