Jawapan Penuh

Ustaz, kenapa bila agama lain buat ruqyah pun berkesan buat penganut mereka? Bukan Islam je agama yg benar?

Kategori: Akidah 09 Apr 2026 · 09:16 AM

Ustaz, kenapa bila agama lain buat ruqyah pun berkesan buat penganut mereka? Bukan Islam je agama yg benar?


 kerana ia tetaplah ayat al-Quran walau dibaca oleh sesiapapun namun tak menjadi ibadah & tak beroleh pahala bg org yg kafir


Al-Quran Allah dah jamin penurunannya menjadi penawar sepertimana dlm ayat Quran,


Surah Al-Isra' ayat 82 menegaskan al-Quran sebagai penawar (syifa') dan rahmat bagi orang beriman, yang menyembuhkan penyakit fizikal dan rohani. Ia juga memberi petunjuk dan rahmat, manakala bagi orang zalim, ia hanya menambah kerugian. Ayat ini menunjukkan al-Quran adalah ubat bagi hati dan jiwa.


kita fahami..ia adalah penawar, maka sesiapa shj yg mendapatkan penawar tersebut tetap akan berkesan dgn izin Allah atas jaminan Allah swt


sepertimana org yg ambil ubat panadol tak kira diberi oleh doktor Islam, mahupun kafir tetaplah menjadi suatu ubat


# Bagaimana dgn kesembuhan dr rawatan bukan islam.

Rawatan kaedah agama kritian tanpa bacaan ayat2 alquran?


meminta selain dari Allah ia adalah suatu istidraj, dia x kan beroleh kesembuhan sbnr iaitu kehidupan kesembuhannya tiada ketenangan, cuba dia selidiki kehidupan setelah sembuh tersebut, apakah ibadahnya makin baik berbanding dlm kesakitan? adakah emosinya makin pulih & terkawal dgn baik? bagaimanakah keadaan jiwa dipenuhi sifat mahmudah @ mazmumah?


kesembuhan jiga berlaku Bila Tazkiyatun nafs berlaku di tuju kpd pesakit tak kira Islam atau bukan sebab kesembuhan denga mengubah sifat jahat nya (gagguan syaitn) boleh membuat Pesakit sembuh terutama sakit gangguan syaitan bukan dari jin tapi dari kejahatan dan kesilapan pun boleh berlaku.


Surah Asy-Syura ayat 30 menegaskan bahawa setiap musibah atau kesusahan yang menimpa manusia adalah akibat perbuatan tangan mereka sendiri (dosa/kecerobohan), namun Allah memaafkan sebahagian besar kesalahan tersebut. Ayat ini mengajar konsep tanggungjawab peribadi, muhasabah diri, dan rahmat Allah yang luas.


kesembuhan bukan bukti kebenaran Aqidah, 


bila Allah uji hambanya sebenarnya ia sangat berkait rapat dengan soal KEIMANAN, syaitan sbnrnya bukan nak ganggu kepala kita, tubuh kita, kaki kita, perut kita..tak penting bg mereka semua ni tp yg paling penting adalah ROSAKKAN KEIMANAN MEREKA, bila rosak maka seluruh jasad n rohnya akan masuk neraka bersamanya


jadi jagalah Aqidah, jgn gadai iman kita utk kesembuhan dlm istidraj