Alhamdulillah
Allahumma Salli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad
Persoalan saudara merujuk pada hadith berikut:
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ صَدَقَةَ الْمُسْلِمِ تَزِيدُ فِي الْعُمُرِ، وتَمْنَعُ مِيتَةَ السَّوْءِ وَيُذْهِبُ اللهُ بِهَا الْكِبْرَ وَالْفَخْرَ
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir no. 31
Sekadar jawapan ringkas, para ulama menda'ifkan atau mengisyaratkan keda'ifan hadith ini. Antara penilaian tersebut adalah:
Persoalan 1: Bolehkah sandarkan hadith ini kepada baginda sallahu 'alayh wa sallam?
= Tidak boleh.
Persoalan 2: Bolehkah beramal dengan hadith ini?
= Bagi yang berpendapat boleh beramal dengan hadith da'if ringan secara bersyarat dan sekiranya terdapat penilai hadith yang menilai hadith tersebut tidak berat keda'ifannya, maka boleh secara umumnya.
Persoalan 3: Bolehkah hadith ini dijadikan hujah dalam beragama?
= Tidak boleh.
ABU MUSLIM SYIMIR ASYRAAF BIN EDDIE HALIM
(FELO UTAMA/FELO KANAN HADITH & AKIDAH)
Rujukan:
Al-Tabarani, Abu al-Qasim. (t.t.). Al-Mu'jam al-Kabir. Kaherah: Maktabah Ibn Taymiyyah.