Artikel

Gagal Faham Isu

20 Mar 2026 | Ditulis oleh SYIMIR ASYRAAF BIN EDDIE HALIM

Masalah utama masyarakat kita dalam media sosial sekarang ini adalah gagal faham isi perbincangan.


Sering kali kita lihat, contohnya apabila kita membahas perihal hukum meriwayatkan hadith daif tanpa dinyatakan statusnya, hujah-hujah yang mereka bawa untuk menyanggah kita hampir kesemuanya berputar mengenai isu pengamalan hadith daif. 


Sedangkan bukan isu pengamalan yang ingin kita sentuh.


Mengapa berlaku fenomena gagal faham ini?


1️⃣ Pertama: Gopoh, nak tunjuk kealiman.


2️⃣ Kedua: Baca statement setengah jalan atau tajuk sahaja


3️⃣ Ketiga: Taksub dan triggered, nak defend amalan yang telah diamalkan atau diajari oleh guru


4️⃣Keempat: Hasad, mereka tak baca pun, dah memang dengki dengan pengeluar statement, saja nak keruhkan keadaan.


Baca dengan benar dan insaf sebelum kalian mengeluarkan pendapat. 


Ingat, berdiam diri daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan buruk adalah lebih baik untuk akhirat kita.


Wa Allah a’lam.